Be nice here
ABOUT STUFF LINKS FOLLOW
Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3
why always me?
Hai guys, I am back. :') probably, to im gonna be when you read it.

Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat. Rasa tersisih sangat. Rasa loner rasa tak penting langsung. Aku selalu je fikir pasal semua orang tapi semua orang fikir pasal aku tak? I knows, it not. :'( Kenapa aku rasa macam ni? Aku perlukan maktok je. Maktok je faham all this feeling.

I try talk to my family in family group. Tapi diorang tak balas pun. Balas nak taknak. Tak tahu la samada aku je yang rasa atau they mean it. And pasal roomate aku tu. Benda ni dah lama jadi. Like always. Aku sampai dah penat. Penat nak nangis sebab dia. Penat nak terasa dan pendam semua sendiri. Sedangkan dia buat semua benda takde perasaan kesian or bersalah pun. Dan kenapa dengan aku? Kenapa aku selalu je nak buat baik? Kenapa aku still nak care sedangkan aku tahu aku akan kena ignore. :'( makkkk.. adik sedih.

Dulu aku dengan rumet aku tak macam ni pun. Kitorang antara yang paling happening antara kawan-kawan kitorang. Mcam roomate goal. sebab always happy. tapi sekarang.. aku sedih. Mana una yang dulu. yang terima lawak2 aku. yang sporting. yang layan aku. Aku sedih sangat bila dia kata tangan dia sejuk sebab main uno dgn nori and dia kata cuba pegang.. and aku orang first yang respon dekat dia. and dia sikit pun tak bagi aku pegang tangan dia. tahu tak perasaan luluh. perasaan sedih kecewa. rasa terhina sangat. Teruk sangat ke aku sampai tangan aku pun kau tak nak sambut. Apa salah aku? apa salah aku? YaAllah. Kenapa kau uji aku sampai macam ni? Aku tak kuat ya Allah.

Apa salah aku dalam bilik tu? Aku cuba gali, aku cuba cari. Tapi aku tak jumpa. tunjukkan lah yaAllah. Apa silap aku? Kenapa? Apa dosa yang aku dah buat? Aku tak minta banyak, tolong la hargai orang yang ada depan mata. Aku sayang kawan-kawan aku. Aku cuba jaga perasaan mereka. Salah ke kalau aku nak rasa benda yang aku buat untuk orang? YaAllah aku bukan minta balasan, tapi aku rasa aku layak terima layanan baik. Allah, maafkan aku :'(
0 Comments


Hidden Lake UUM
Assalamualaikum,

Ok harini nak cerita pasal tempat menarik yang ada dalam UUM, Sintok. Banyak sebenarnya tempat menarik dekat dalam Universiti Utara Malaysia yang orang tak tahu. Tempat-tempat menarik ni sesuai untuk sesiapa yang sukakan aktiviti lasak, masuk hutan memang enjoy la.

Tempat yang aku nak share ni agak tersembunyi. Tapi ramai je pelajar-pelajar UUM dah teroka. Tempat ni dinamakan Hidden Lake. Dia berada di dalam hutan sintok, berdekatan dengan padang sasar. Berdepan dengan bustop laluan c. Ha aku bagi detail dah ni. Hahaha

Dalam 2-3 kilometer nak masuk dalam dari laluan utama. Takdela jauh mana. Sebelum sampai tu, akan nampak tempat budak-budak suksis menembak. Diorang punya tempat latihan menembak. Memang seram ah lalu situ waktu-waktu 6.30 keatas. Macam tempat pembunuhan zaman penjajah. Sebab dia ada bahagian bawah tanah. Hahaha

Ok mesti tak sabar ni nak tahu. Hidden lake ni dia tasik simpanan yang semula jadi ada dalam hutan tu. Aku tak rasa air dia mengalir. Sebab tenang je dia dekat situ. Ada yang bertanya, ada buaya ke? Boleh mandi ke? Dalam ke? Ok meh aku jawab satu-satu. Tasik tu takde buaya. Kalau ada dah lama pihak Uni tutup tempat tu. Ya, tempat tu boleh mandi untuk orang-orang yang degil dan sukakan adventure sebab tasik ni dalam. Kawan aku yang tinggi 178cm mandi dalam tu pun dia kata kaki dia tak jejak tanah pun. Dia pandai berenang so tak kesah pun jejak tanah ke tak. So yang rendang-rendang macam aku ni tak payah la berangan ok? Hahaha.

Kalau kauorang dari laluan A&B just naik bas berhenti dekat dkg 1. Jalan kaki sikit sampai dekat padang sasar tu masuklah dalam. Kalau dari laluan C boleh berhenti dekat alumni junction macam tu juga laluan D. Sama juga kauorang kena lalu dekat padang sasar. Tu jela laluan yang sesuai. Tak teroka lagi laluan lain. Heheh

Masa kitorang datang tu, actually pagar tak buka tau. UK kot yang tutup sebab waktu tu cuti kan. Bukan weekday. So kitorang lalu dekat lubang dari pagar tu. Student kot yang buat. HAHAHA serius waktu tu rasa macam yaAllah degilnya.


So dekat sini aku ada sediakan video. Tapi tak nampak sangat hidden lake tu, more video kitorang je hehehehe




0 Comments


Lenggang perut @ Baby Shower ?

Assalamualaikum, hai gais. Syara back again.

Minggu ni agak sibuk sikit dengan studyweek so tak banyak aktiviti buat. Cuma haritu ada la pergi hidden lake. Dengan kawan-kawan inasis, which is Una, Nori, Wani, Zura and Ina. Nanti la aku buat update pasal hidden lake yang berada dalam hutan sintok UUM.

Berbalik pada topik asal. Lenggang perut atau orang zaman sekarang panggil Baby Shower. Pada hari semalam (24.12.2017), dekat rumah aku ada buat majlis kesyukuran dan lenggang perut untuk 3orang wanita dalam keluarga aku, iaitu Kaknana, Kakak ipar aku, dengan Cik emy. Usia kandungan diorang lebih kurang je semua. Hahaha due dalam bulan Mac and April. Sebab tu mak decide nak buat lenggang perut serentak.

Walaupun aku takde, aku tak balik johor sebab busy exam dah nak dekat. Tapi aku tahu la jalan cerita dia macam mana. Sebab setiap pagi and malam aku akan call diorang tanya apa jadi. Cuma pada hari kejadian tu je aku tak sempat nak call sebab aku pun busy nak buat add drop course. So ada la beberapa perkara berlaku pada hari tersebut.

Pada sebelah pagi, adik beradik mak abah semua datang tolong rewang-rewang. Sebab mak tak ambil catering kalini. Nak ambil mood katanya rewang ramai-ramai. So pagi diorang masak-masak, lepas zohor tu. Baru bermula majlis lenggang perut beserta majlis sambutan hari jadi saudara mara yang bulan december. Seronok. Rasa rugi tak balik. Hmmm

Waktu majlis lenggang perut tu, ada acara urut dari mak bidan. Yang tu aku tak tahu detail sebab aku mana la pernah attend event macam ni. Ni first time dalam family kot. Selain dari acara untuk perempuan (ibu) ada juga acara untuk bapa. Macam family aku, abah aku cari buah kelapa muda kalau tak silap, so yang suami ni belah kelapa tu tak kira la belah tengah or tepi or mana-mana dia ada maksudnya. Kalau tengah tu anak lelaki. Kalau senget atau belah tepi, maknanya anak perempuan. Tu tak tahu la kan, tu macam adat je. Jangan la pula percaya bulat2 haha jatuh syirik nanti.

Lepas acara tu semua siap. Diorang ada majlis sambut hari jadi pula. This part takde santa bagi hadiah cukup la acara potong-potong kek hahaha. Sebab aku takde so takde la acara main teka teki mengenai birthday girl/boy tu. Sebab games tu aku je selalu ngada nak buat hahaha. Lepastu diorang ada acara tiup belon. Dalam belon tu ada clue, siapa dapat jawab dia menang siapa tak dapat jawab kena selet muka dengan kek. Aku pun tak tahu menang dapat apa. Sebab saudara aku cerita tak abes. Nyampah.

Pada malam tu, abah buat majlis yasinan untuk orang lelaki. Orang surau datang rumah baca yasiin. Dan doa kesyukuran sikit. Alhamdulillah.

Tapi ada yang duka, sebab kakak ipar aku tak nak datang. Family matter aku pun malas nak amek port sangat dah besar pandai-pandai la kan. Hahaha. Aku nak share gambar tapi gambar yang aku dapat tak banyak. Hmmm

Ni la budak-budak december, kurang seorang. Hafiz tak de. Sebab dah kerja kan.


Ni kaknana dan cik emy. Mom to be. I tak sabar nak jadi aunty ekeke

Ni antara gambar paparazi abang ezz hantar dekat aku. Hihihi. Ni majlis kesyukuran yang dihadiri orang surau. 
0 Comments


Roomate yang dipinjamkan Allah

Hai gais, aku tahu ramai yang readers yang dah masuk U sekarang ni. Korang mesti tak tahu yang UUM adalah salah satu uni yang semua pelajar akan duduk dalam hostel yang disediakan sampai habis semester tujuh. Sebab semester 8 majoriti akan praktikal.

Ok gais aku start. Aku sekarang dah semester 3 macam yang aku cerita previous post. You know, it hard for me to stay. Aku sejujurnya rasa tak selesa sekarang ni dengan roomate aku. Bukan kemahuan aku untuk senyap memanjang dalam bilik. Dulu aku tak macam ni. Aku jenis yang banyak cakap, cerita pungpang pungpang, huha huha. Tapi bila roomate aku start senyap dalam bilik, aku cakap apa-apa pun dia mcm balas nak cari gaduh. Siapa je tak terasa? Tambah-tambah lagi bila dia up dalam twitter dia. Bila depan kawan-kawan memang dia langsung la tak tegur aku. Ada la tegur sikit-sikit tp memang sikit sangat. Bukan baru-baru ni aku perasan. Dah lama. Cuma aku belagak cool je :')

Minggu lepas kami pergi Penang. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa dia ada benda yang tak kena, mungkin dia marah aku atau ntah, aku tak boleh baca fikiran orang. Dia layan aku sumpah macam aku tak wujud. Aku panggil dia banyak kali tapi dia buat bodoh je. Sampaila kawan kitorang yang tegur dia cakap aku panggil. Serius rasa nak nangis sebab kena ignore dgn rumet sendiri dengan kawan-kawan. And ada satu part tu, dia nak ambil gambar, dia ada cakap, weh jomla amek gambar, Wani jomla. Sound like you just ajak wani sorang. Then aku? Aku ni tunggul ke? Wow! And paling aku kecik hati, bila aku ajak amek gambar ramai-ramai siap dah suruh budak amek gambar, dah get ready dah. tapi dia boleh pula buat perangai. Dia marah aku balik, Dia cakap, amek jela nanti aku datang la dengan nada marah dia. Aku pun ada perasaan. Aku takde pun nak marah-marah dia depan semuaorang. Aku ada perasaan la weh!

Hodoh sangat ke aku? Sampai orang buat aku macam takde maruah? Kau tak ajak aku, aku diam je. Aku boleh senyum, gelak-gelak. Kalau tak suka sangat, keluar la dari bilik ni. Buat hal kau sana. Aku pun tak kesah kau nak kawan dengan siapa asalkan kau tak jatuhkan air muka aku. :'( YaAllah aku dah lama bersabar. Dari sem 1. Kau kutuk aku dekat twitter kau. Kau ingat aku tak baca? Walaupun masa sem 1 aku tak aktif twitter sangat. Aku still baca weh. :'( Aku tahu kau tak suka aku bising-bising, menyanyi semua tu. Tapi kenapa kau tak bagitahu aku direct? Aku boleh kot kurangkan hobi menyanyi aku tu. Aku boleh kot tak menari2 dalam bilik. Aku tahu kita share bilik. Tapi tegurla kalau tak suka. Aku ok je kau nak buka anime kuat-kuat. Aku ok je kau tak sapu bilik. Aku ok je kau tak matikan lampu masa aku tido. Tapi bila sampai aku, semua kau tak suka.

Fikirla aku mengalah, aku diam waktu kau gelakkan aku, kau kena kan aku. Aku perasan yang kau takkan layan aku bila kau dah jumpa kawan-kawan kau. Sampai hati kau kan buat macam tu? Kau tak rasa awkward ke? Dekat bilik bukan main gelak-gelak borak dgn aku. Tpi depan kawan-kawan layan aku nak tak nak. Aku lintas jalan nak pimpin tangan kau pun, kau tarik tangan kau. Kau takyah belakun baik sangat. Kau siap cakap lagi yang orang pakai stokin ni bukan nya baik sangat. Kalau kau tak puas hati bagi tahu depan-depan jangan cakap dekat twitter. Aku diamkan je. Aku sabar. Takpela. Kau suka act macam kita takde apa-apa depan kawan-kawan walaupun kau layan aku macam haram. Aku cuma nak ingatkan.

Selama ni aku mengalah tak bererti tiada luka dihati. Aku suka tengok orang sekeliling aku happy walaupun banyak pengorbanan yang aku buat. Aku ikutkan je apa yang diorang suka. Sebab aku sayang. 
0 Comments


Have a cup of POSITIVETEA.

Assalamualaikum, hai rindunya lah dekat blog ni. Lama sangat tak update dah dekat 3 tahun aku tak menjengah dan bercerita. Mesti ada yang nak tahu sekarang aku dekat mana, study mana, buat apa?

Untuk permulaan blog 2017 aku briefkan tentang diri aku jap. Sekarang aku dah 20 tahun. Menuntut di Universiti Utara Malaysia, dalam bidang perbankan yang sangat membosankan. Tapi alhamdulillah kami diberi pilihan untuk course minor dan aku pilih accounting! Alhamdulillah. Semua ok je. Kedah-Johor takde hal la. Lepak jela dalam bas hahaha sumpah barai.

Nak tahu ke life aku sekarang macam mana? Panjang nak cerita. Aku akan cerita satu-satu. Tapi harini terbuka hati nak cerita tentang partner zaman sekolah. Siapa ingat dia power! hahaha. Aku brief lagi sekali la pasal partner zaman sekolah. We call him Ameen. Sampai sekarang kami kawan dan kami contact. Jarang jumpa je sebab dia dah sambung belajar dekat Sarawak dan aku dekat Kedah. Cuti tak sama. Susah nak jumpa. Sebenarnya kami dah lama takde apa-apa hubungan special sejak aku semester 2 dekat UUM  tu. Tapi sejak akhir-akhir ni, start aku masuk semester 3 dan dia semester akhir di politeknik, dia jadi orang lain. Makin serius dalam hubungan. Walaupun dia tahu aku masih terluka dengan apa dia buat dulu. Tapi dia tetap tak putus asa. Dia anggap aku masih sayang dan suka dia. Aku pun tak boleh nak tolak sebab walaupun terluka tetap rasa peduli dan kesah. Yela dulu kami kawan rapat akrab. Kalau tetiba dah lupa sbb cinta macam susah. Kawan dia, kawan aku, kawan aku kawan dia. Macam tu la/

Semalam dia ada dm aku dekat instagram sbb dia tahu kalau dia ws, aku takkan balas. So dia try market dekat DM. Aku pun dungu pergi buka dan balas. Dia bagitahu, dia dah get ready nak saving. Memandangkan dia dah nak abes belajar ni. Dia nak kumpul awal sebab taknak aku tunggu dia lama sangat. Dia nak segerakan pernikahan kami. Like what ?!!! Aku tak setuju apa-apa pun nak kahwin dengan dia. Dan kami dah dekat 4bulan tak contact dan tiba-tiba dia buat comeback macam ni? Aku terus nangis. Orang yang kita dah lama tak berhubung, rindu, sayang, yang kita anggap dia dah tak wujud. Rupanya masih ada dah setia. Allahu. Dan tak lupa dia ada ajak daftar haji sesama. Sebab dia kata dia nak pergi dengan isteri dan keluarga. Kau faham tak? Maknanya dia memang nak aku jadi pendamping hidup dia walaupun kami banyak sejarah hitam.

Aku tak tahu la. Aku belajar pun tak abes lagi. Aku pun tak ready lagi nak jadi isteri orang. Nak kena masak setiap pagi. Basuh baju. Ironkan baju suami. Weh semua tu aku tak pernah fikir pun nak kena buat. Takkan la aku kena prepare dari sekarang kot? Aku still nak berjimba enjoy dengan life teenagers aku ni. Aku pun tak pernah terfikir akan ada mak mertua, ayah mertua. Kakak dan adik ipar yang sangat baik. Ha aku takut. Kawan-kawan aku kata masa depan aku cerah. Bila dah ada lelaki yang serius dengan kita macam ni. Diorang kata aku dah boleh belajar sesuaikan diri dengan dapur, rumah dan BILIK TIDUR~! shit man ! Aku punya cita-cita nak taruk mana? I mean yela aku ada azam, aku nak bawa mak abah pergi umrah sesama. Lepastu aku nak buka cafe sendiri. Ameen pun tahu kot benda tu. Nanti kalau kahwin mesti kena obey all his rules. Dia dahla tegas buat aku jadi susah nak utarakan pandangan. Hmm aku harap kalau dia nak ajak aku kahwin sekali pun biar la aku tunaikan hajat aku.

Kauorang mesti tak faham kan perasaan aku. Hmm susah tau nak move on dari dia. I try to love, care macam dulu tapi semuanya fake. Aku nampak terpaksa. Aku nampak tak sedia. Allahu. Ikhlaskan hati ni. Aku cuba berbaik balik dengan dia sebab aku pun tak jumpa mana-mana lelaki yang boleh gantikan dia. Adam tu sebagai kawan boleh la. Maybe Ameen tu memang jodoh aku. Who's know right? Kita cuba. Semoga Allah permudahkan segalanya. Istikharah. InshaAllah. Amin..
0 Comments


Friendship is LOVE !

Cintailah aku, sepenuh hati. Sesungguhnya aku, tak ingin kau pergi. Takkan mampu ku hadapi semua ini :)

Assalamualaikum :)

"Friendship is love" - bak kata Jana :)

Aku ada seorang kawan ni. Dia baik, humble, suka belanja aku. Aku kenal dia sejak form 2 lagi. Dia baik. Dulu kalau ada apa-apa berita mesti kitaorang share sama-sama. Macam macam lah. Tapi entah satu hari ni. Tetiba.. Dia cakap sesuatu yang buatkan aku dan dia menjadi lain. Lain dari segi layanan, teguran, dan perasaan.

Aku sayang dia. Dulu dia tak macam sekarang. Dulu dia pernah cakap dekat aku. Jaga la batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Aku ingat sampai sekarang. Tapi ayat tu rupanya hanya untuk aku. Dan bukan untuk dia :') tak pela aku cakap. Yang penting aku menjaga ikhtilat aku. Terima kasih la sebab ingatkan aku. Aku bukan tak ingatkan dia. Aku ingatkan, tapi dia... dia terlalu ramah dengan semua perempuan. Biarlah. Aku tak mahu dia terasa terkongkong

Aku tak pernah ada niat nak balas apa yang dia buat dekat aku. Dah macam macam terjadi. Aku masih lagi mampu bertahan dan menahan semuanya. Sekali je aku main jerit-jerit sebab nak sakit kan hati dia. itu jela bagi aku yang aku balas balik dekat dia. Selalu kalau dia rapat dan berkepit dengan sana sini girls aku diam je. Even dengan bff sendiri. Depan mata sendiri.

Biarlah. Aku tak mahu mengongkong. :') Selagi aku masih bisa bertahan. Aku tahan la. Sekali je aku duduk sebelah lelaki. Dia balas aku duduk sebelah perempuan dgn jarak 1cm. Dengan bff aku sendiri :) Bff ni pun haritu kata taknak buat lagi. Tapi hmm sama je. Aku diamkan jela. Kata nak berubah. Hmm takpela. Kalau suka sama suka biarkan. Aku taknak menghalang. Hak diaorang kok. Aku hanya insan kerdil.

Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa. Dia pun bukan suka aku bercerita dekat kawan-kawan aku. Dia nak aku pendam je apa yang berlaku. Even dekat Akmal my bff@uncle. Aku masih boleh bertahan :) biarla air mata aku mengalir tanda aku bercerita kepada semua.

Bff, aku harap kau faham aku. sedikit pun jadilah. Jaga hati aku boleh ? Haritu kau kata kau taknak buat dah. Bff aku sayang kau. Jangan buat aku jauh dari kau ye ? :')

Aku hanya memerlukan sedikit masa je untuk tenang. Bye bff. Bye kawan. :)
0 Comments


Friendship :)





Assalamualaikum :) Hai :)

This holiday aku tak pi mana mana pun. Tak pi holiday pun. Whole the day dekat rumah je. But ada 2hari tu. Aku dan rakan-rakan kena rushing buat kerja majalah. And we decided to stay at Hana's home.

2hari 2malam. Aku dan Wawa ride the motorbike pi rumah Hana. Gerak maghrib pula tu pukul 6.45pm sampai pukul 6.55pm pada hari ahad. Sampai je Hana tak de dekat rumah. Yang ada cuma nenek je. So kitaorang buat macam rumah sendiri. Wink wink.

Malam tu tidur lambat. Lambat sangat. Dalam pukul 2.00am macam tu semata-mata siapkan kerja majalah. SEMATA-MATA ! Malam tu Hana orang pertama tidur. Sebab kepenatan main bowling. Aku berhajat nak teman Wawa tapi tak kesampaian. Aku dah tertidur dulu. Hehe dan juara malam tu Wawa la sebab dia tidur paling lambat. Dan dia telah mencabul handphone aku dengan membaca SMS. Sungguh kejam.....

Hari isnin adalah masanya untuk kesekolah dan hantar kerja majalah. Oh sebelum kesekolah kami pergi kfc dulu. Hehe Breakfast katako. Lepastu pi pasar. Menapak jauh tau. Penat. Tapi. Best. :D kenangan.

Balik dari sekolah dalam pukul 5.30pm. Ahh penat sangat. Sampai tak sanggup nak drive motor balik. So decide nak tidur sana lagi. Malam tu main sahibba. Aku asyik menang je. Bukan nak bangga tapi kenyataan aku ni brilliant. Haha mampus perasan -.-' Alhamdulillah :p

Malam tu aku orang first tidur sebab teman diaorang tengok cerita apatah. Tertidur dekat sofa. kejap kejap terbangun. sebab phone bergegar. Msg masuk. Lepastu diorang gelakkan aku. Phewww ~ Sabo jela. Tidur awal sebab Hana dah kata nak bawa kitaorang jalan jalan dekat kampung dia. tengok jagung. Macam best. Yes sangat best !

Bangun pagi awal. Diaorang lepas solat tidur balik. Aku tak biasa dah solat tidur semula. So aku main phone. hehe. Pukul 10am macam tu kitaorang jalankan misi keliling kampung. Isi minyak dulu. Wawa nak isi minyak tapi duit tara cukup. So kitaorang payung la dia. Kesian ~

Kami berjalan sampai hujung kampung. Jauh juga tau nak ke hujung kampung. lebih 1km. sbb aku tengok meter aku lebih 3km pergi balik. Dekat hujung kampung Pt Haji Ali Darat tu ada pokok nanas and pokok jagung. Banyakkk. Ladang nanas paling banyak. Ada kilangnya lagi.

Time nak tengok ladang jagung kitaorang kena lalu dekat lumpur. And aku lepas dengan successnya. Tapi Hana... Hahahaha ! Tersungkur then selipar dia termasuk dalam lumpur tu. Lawak. Dengan kaki dia sekali. kesian. Tula taknak ikut laluan aku. kan dah. Hahaha. Dengan tak malu pergi rumah orang pinjam air. Basuh kaki.

Time nak balik beli eskrim 20sen. Adik Hana belanja. Sedap laa. Haha orang belanja kan? kehkeh

That was a best moment for this year wif friend la bagi aku. Tapi tak cukup orang la. Nurina my girlfriend takde. So tak berapa nak lengkap sangat. haha kalau tak mesti lagi best. Teruja punya budak tu kalau dapat pergi ladang2 tu. haha Excited gituu.



0 Comments


"what are words?" -him


"I care. I will always care about you. Dont let me ignore you. Allow me to worry abt you" He said.

Assalamualaikum :)

Today is Friday :) Alhamdulillah I still alive :)
Hari ini saya nak cerita pasal someone. Dia sahabat. Dia kawan. Dia rakan. Dia musuh. Dia kekasih. Huh? kekasih ke? Nope. Just friend if more than that pun bila masanya nanti. Sekarang fokus on study.

Sekarang dia tiada di Malaysia :) Well sekarangkan cuti sekolah. Before he go there. Kitaorang ada problem. Something yang tak berat sangat tapi menusuk ke kalbu. Pada hari dia berada di sana. Kami ok. But bila saya tersalah cakap. Hm habis mood yang ceria bertukar derita. Saya tak suka dia kecewa. Saya tak suka dia marah marah. Sebab saya suka dia ceria. Saya suka dia yang kelakar. Yang selalu je nak gelak gelak even buat lawak bodoh. -.-'

Pada malam tu memang penuh dengan air mata. Sebab dia kawan saya, saya faham apa yang dia rasa. Berpuluh puluh kali saya minta maaf sampai tertidur. Sedih dia macam tak maafkan. Dalam satu jam saya tertidur, saya terbangun semula. Saya check phone. He still online. Saya baca chat dia.... Sedih dia tuduh saya bagitahu rahsia dia dekat Syahmi padahal tak pun. Lepastu baru dia kata dia dah salah faham. Sebenarnya saya just cakap yg dia takde dekat Malaysia. Itu aje. Tapi dia marah macam saya bagitahu dia pergi mana. Hm ntahla. Time tu macam dah sedih sangat rasa malas nak online lagi. Tu yang deactive facebook for awhile.

Me like orang mati anak. -.- After got empty message from him. Haha menangis secara automatik. Buka message tu then tutup semula sesaat lepas tu dapat call dari dia. Lagi laju sangat air mata ni. Dalam hati berkata... "pasti dia nak marah aku, takpela. Aku faham salah aku dan aku dah buat dia kecewa *crying*" sambil biarkan phone ringing. Tak angkat pun. Dia tetap tak putus asa. Dia hantar message, "Assalamualaikum :)" Hana ada kata yang dia akan flight petang tu. Saya lagi sebak sebab tak berbaik sebelum dia flight. Sedih sangat.

Huh what can i do ? Time tu takde topup. So tak balas la. Balas pakai no akak 30 minutes after. Tetiba telephone rumah pula bunyi. Berani betul dia sekarang. Asyik call rumah je. Saya dah dapat rasa dia yang call. So saya yang angkat. Beranikan diri. Dia senyap buat 10saat. Then saya bagi salam. Baru la dia cakap. Sedih gila dengar suara dia. Teringat salah salah yang dah saya buat. Bila dia cakap ni Am. My tear drop so fast like waterfall. And u guys guess what? He crying too. Ahh T__T

After 10minutes. He texting me. But im not reply it. Malam tu memang buat saya terkejut. Sebab ingat dia dah flight. But not. Dia masih ada disini. Dan dia topupkan saya. Hm bersungguh sungguh dia nak berbaik. YaAllah T_T malu sangat. sebab saya yang salah bukan dia tapi dia pula yang minta maaf beria ria. Saya pun minta maaf juga. Dan kami berbaik. Alhamdulillah.

Sayu. Malam tu dia suruh teman packing barang. How tough i need? Kuatkah aku? Hah dia nak pergi lama. Tapi saya sembunyi kesepian tu. Ceh macam bajet je. Eiii geli pula. -.-' Esoknya. Mean Hari khamis. Sayu. Sepi. Sahdu. Sunyi. Krikkk krikk. Hahh... Dia akan flight waktu maghrib.

Pagi tu dia ada suruh dengar satu lagu ni What are words by Chris Medina. Lagu tu sedih. And it now play on my blog. Dia play sambil nyanyi lagu tu. Sound like hes crying. Huh? Mula mula blurr. but bila dah buka sendiri lagu tu and dengar lyric dia memang sedih. Dia juga ada cakap. "I care. I will always care about you. Dont let me ignore you. Allow me to worry abt you. Forgive me"

Before flight dia ada call. Suara dia macam sorokkan kesedihan dalam gurauan. Sambil gelak dia cakap saja buat last joke dengan awak. Takpe saya cakap. Nanti balik kan boleh cakap lagi boleh joking lagi. InshaAllah.
Sedih. Dia kata "Am tak janji sebab ajal maut tu ditangan Allah." YaAllah T_T Selamatkan perjalanan pergi dan pulangnya yaAllah.

I wish. Dia akan selamat pergi dan pulang. InshaAllah. Jaga kesihatan. Jaga diri. Jaga hati. Jaga pandangan. :) Jangan tinggal solat. Ya. Ayat terakhir dia untuk saya. Jangan tinggal solat. InshaAllah saya tak tinggal. YaAllah lindungilah dia. Amin..

Your love,
Syara ;)
0 Comments


Khilafku ~
Assalamualaikum ~


Tak sangka. Seorang yang peramah, ceria, selalu ketawa, selalu memberi nasihat dan aku telah berjaya membuatnya marah. Bukan aku sengaja. Jauh sekali. Aku tak sengaja. :'(

Suatu hari, ada seorang budak ni kacau number phone dia. Dan dia menceritakannya kepada aku. Entah la aku pula yang excited nak kacau dia balik. Pada mulanya iye memang aku yang mulakan. Tapi selebihnya semua saudara aku yang kacau. Dan sekarang budak tu pula yang kacau aku. Aku takut. Setiap malam melebihi 10 kali dia misscall aku. Aku takut :'(

Entah la. Aku hanya menceritakan benda ni kepada dia. Sebab dia orang first yang kena kacau dulu hanya untuk memberitahu tentang perasaan takut ni. Tapi, aku dimarah . :'( rasa macam nak nangis pun ada. Dia call tapi aku tak nak angkat. Kalau aku angkat pun, percaya la, dia pasti akan marah. Pasti punya.Hmm
Tak sangka dia boleh marah sampai cakap aku ni susah sangat nak dengar cakap. Degil. Aku terkedu gila. Tak sanggup nak balas message dia. Rasa macam, yelah, semua ni salah sha. Semua. T__T

Hmm takpela. Siapa la aku ni kan.
0 Comments


Rindu Ramadan :)
Assalamualaikum ya zamili :)


Ramadan dah tinggal tak sampai 15 hari. Sahabat sahabat kaum wanita sudah habis qada' puasa ? Jika sudah Alhamdullilah. Tahniah kepada anda. :) 

Ramadan. Rindu Ramadan. Ramadan telah mengajar aku apa itu sabar. Mengajar aku apa itu kekuatan. Juga mengajar aku apa itu kelaparan dan rezeki Allah. 

Disini ada tips untuk berpuasa :) 
1. Tentulah niat. Niat kerana Allah. 
2. Lakukan dengan ikhlas dan hati yang terbuka. 
3. Bersahurlah walaupun dengan memakan sebiji tamar. 
4. Menjaga nafsu, menjaga kata, menjaga telinga, menjaga hati, juga menjaga mata. SubhanaAllah indahnya jika kita dapat menjaga semua ni.
5. Berzikir, mengaji Al-Quran.  
6. Melakukan ibadat spt solat fardhu.
7. Hendaklah berbuka puasa dengan sederhana. Tidaklah terlalu gelojoh ketika makan. Kurang keberkatan berpuasa sekiranya berbuka seperti orang tamak.

Mudahkan ? Justeru, jom berpuasa pada bulan Ramadan ini. Hmmm besar ganjarannya jika kita berpuasa dengan ikhlas dan melakukan semua ibadat. Allah suka :) 

Salam Ramadan semua. :) 
0 Comments


Terasa sudah ~
Assalamualaikum. :)

Aku mencuba untuk tersenyum pagi ni. Aku cuba untuk ketawa. Aku cuba untuk jadi orang paling ceria pagi ni. Tapi aku tak mampu. Kenapa ye? Aku sengaja datang lewat pagi tadi. Sebab aku taknak menunggu dia datang sekolah. Jadi biar la aku datang dan terus ke tapak perhimpunan untuk lihat dia disana. Tapi malang menimpa aku. Aku kecewa. :'(

Dia selalu duduk di barisan paling hadapan barisan perempuan. Tapi tadi, aku tak nampak pon dia, aku mencari. Tapi aku nampak orang lain pula. Orang yang buat mood aku merundum. YaAllah. dia tak datang ke ? Aku rasa nak menitis air mata. Phewww, aku ........... Eii, tak kan dia dah pindah ! Nooooooooo !!!!
Aku cari tempat duduk yang berhampiran dengan tempat budak tu. Ok la. aku mengalah. Aku cuba untuk bertenang.

Aini datang menerpa. Ok la. aku terhibur. :) Tapi hati aku tetap tertanya. kenapa dia tak datang ? Kenapa dia tak ada hari ini ? Adakah dia sudah pergi meninggalkan kawan-kawannya ? YaAllah. aku tak dapat bendung perasaan. Sedihnya aku. Aku tahan ye air mata dari mengalir. Aku pergi toilet, aku buat hw dekat dataran. Lupa sekejap aku dengan ketiadaan dia disisi. *Hm, macam orang bercinta je post aku ni.

Ntah kenapa, waktu rehat semua serbu tanya, eh betul ke dia nak pindah. Betul ke ? Mood aku kembali sedih. Apa perlu aku jawab ? Apa ? Hmm, mahu tersembur air mata aku ni. Tapi aku konon cool. Aku cakap. "aku tak tahu". Hana datang dan cakap. "syara kenapa ni ?" Aku buat bodo, terus membelek diari 4AK2. Tersenyum sebentar aku tengok nama penyelaras diari. Tak pela, walaupon dia tak de kat sisi, dia tetap ada dalam hati aku. Dia kembar terulung aku.

Aku termenung depan koop. ntah kenapa aku teringat peristiwa kami dapat air free, sebelum tu dia yang ke kaunter koop ingin beli minuman, tapi hajatnya ingin membeli terbantu tatkala Iqbal aka Tabla belanja dia. Ntah kenapa aku pula yang rasa cemburu dan terasa haus. Aku ke koop untuk tutup cemburu tiba-tiba tu. Tak perasan ada Ameen, kali ni giliran aku pula dapat air free. Dalam hati, kenapa la apa yang dia dapat aku pon dapat, apa yang dia rasa aku rasa, apa yang dia alami, turut sama aku alami. Auch, penangan kembar tak seibu sebapa mungkin. :D

Aini dengan tak malu datang ke arah aku. Tanya "kau kenapa mood macam tak stabil" aku malas nak cakap. aku jawab, ntah. Aini tenung aku macam asdfghjkl hmmm. aku buat muka tembuk. aku tengok budak lalu lalang depan aku. Seronok je diaorang ada kawan jalan sesama. Aku ? Mana dia ? Kenapa dia tak datang ? Atau dia sudah pindah ? Ah itu je yang bermain dalam kotak fikiran aku. Aku istifar dalam-dalam.

Ntah kenapa aku jadi budak cengeng. Naik saja ke kelas. aku nampak Ameen. Ya aku muka tak malu, buat muka depan Ameen. Ntah apa yang orang sekeliling cakap, mesti cakap aku tunjuk comel depan Ameen. Eh suka hati la. :p aku terus teringat apa Ameen cakap malam ahad haritu. Dia cakap, dia lebih suka tengok aku berkawan dengan Wawa berbanding yang lain. Sebab aku akan kelihatan ceria, berbanding dengan yang lain. Aku tak tahu kenapa ayat tu buat aku menangis dalam kelas. Semua risau yang diaorang buat aku kecewa sampai aku nangis. Yela, sebelum ni Meen Nordin ada tanya pasal rombongan dan itu buat aku stres. tapi aku tak amek kesah pasal itu malah hal lain pula mengasut minda.

Pening kepala aku menahan air mata, aku cuba tidur waktu PNP Bahasa Inggeris yang ternyata Sir Harith tak masuk ke kelas. mungkin ada hal penting. Tapi malang, aku tak boleh tidur. Aku melupakan semuanya yang mengganggu minda. Aku buat kerja Prinsip Akaun dengan tenang. Sekali lagi fikiran aku diganggu. Nila dan Hakim sibuk menanyakan kenapa aku menangis. Akhirnya Nurina yang cerdik menjawab pertanyaan
Nila. Ntah kenapa malas aku nak buka mulut, kang aku menangis lagi.

Waktu balik, aku duduk di kantin sambil buat kerja Prinsip Akaun. Aku tak fikir panjang. Aku dah terbiasa menunggu dia pulang dari kelas terakhir dan kebiasaannya aku dan dia akan melepak dulu di kantin sebelum makan dan solat selepas itu belajar di perpustakaan atau dia hadir ke latihan koir sekolah. Aku tak sedar langsung yang dia tak hadir pada hari ini. Hingga la Hana menerpa aku di kantin. Aku terpinga, mana dia ? Baru aku sedar dia tak datang. Hmm

Aku pulang juga dengan Nurina pada jam 2.00 petang. Ntah la, hati aku rasa nak berderai bila tengok muka Hana happy je tanpa dia. Ei apa la kau ni tak ada perasaan ke ? Bukan ke Hana selalu berdamping dengan dia ? Oh mungkin sebab Hana budak baru. Sayang tu belum tersemat sepenuhnya. Tak pela. Ntah kenapa hati kecewa aku buatkan aku terlepas cakap dekat Hana. Tentang hatinya terhadap Ameen. Ntah la, ntah. aku rasa mcam nak tampar mulut aku time tu juga. Haish, macam-macam laaa.

Aku berharap sangat yang dia tak akan pindah ke Tangkak. Aku berharap yang nenek dia akan dijaga dirumahnya sahaja. Tidak perlulah dia sekeluarga berhijrah ke Tangkak. Hmm, tahun depan tahun akhir, aku tak sanggup nak abiskan sisa-sisa persekolahan tanpa dia. Tahun akhir kebiasaannya terlalu banyak memori. Dan aku nak penuhkan memori aku dengan dia. Tolonglaa T___T
0 Comments


Aku mahu cepat DEWASA ~~
Assalamualaikum :)


Situasi : Seorang perempuan memakai tudung labuh, pakai handsock, pegang yaasin.
- Orang duduk berbisik-bisik dan ketawakan kita. 
Wahai hati, bersabarlaa :) Niat kita betul, kita nak menutup aurat kerana Allah. :) Jangan menangis muslimah. 

Sekarang baru aku tahu, kenapa kakak aku menangis kerana persekitaran. Sekarang baru aku dapat rasa apa yang dia rasa. YaAllah ! YaAllah ! YaAllah. T___T 
Aku tidak pernah putus asa untuk menutup aurat aku, menjaga batas pergaulan aku. Biar la aku jadi seorang yang pendiam dari aku banyak ketawa, biar la aku menjadi orang yang dipanggil "katak bawah tempurung tak moden dengan berfashion." Aku malu diri aku ditengok-tengok oleh orang lalu lalang kanan kiri depan belakang, atas bawah. Aku malu pakai baju pendek. Aku malu keluar pakai seluar jeans. Kini adik dah tahu kenapa kakak. Terima kasih bagi soalan yang adik perlu jawab sendiri. 



Aku mahu cepat dewasa ! Aku mahu cepat-cepat keluar dari sekolah menengah. Aku tahu, banyak dosa aku di sekolah menengah. Aku tak dapat elak dari lelaki. Aku tak dapat elak dari pandangan seorang lelaki. Lelaki terlalu ramai di sekolah menengah. Aku tak suka jadi tatapan lelaki ! YaAllah , lindungilah aku yaAllah :'( Lindungi akuuuuuuuuuuuu T_____T

Aku mahu cepat masuk Universiti. Dekat universiti ada usrah. Kat universiti tak ramai lelaki. Kat universiti kita boleh lari dari lelaki-lelaki sebab uniiversiti kawasannya besarr . Dekat universiti, boleh pakai niqab. Aku nak pakai niqab. Walaupon aku tahu, ada orang tu tak suka. Yela, sedangkan akak aku berubah semua dah lain macam je pandang. Hmmm, Takdir hidup kami harus jalani. 

Aku malu. aku malu. Aku malu bila aku study dekat sekolah, mesti Ameen nak join sekali. Aku segan. Aku tak banyak cakap. Aku tahu, apabila aku cakap. mesti aku akan jadi tumpuan orang, dan aku ni jenis suka buat mimik bibir, buat macam-macam gaya bibir. dan, mesti punya Ameen akan pandang aku, aku malu. aku rasa kalau aku berniqab lagi bagus. Takde siapa yang nampak apa aku buat. Habit dah buat mimik bibir. Sedangkan bibir boleh buat sesorang terangsang. Hmmm. YaAllah. :'((

YaAllah, aku terlalu banyak sangat-sangat dosa aku terhadap-Mu. Ampunkan aku. T____T 
Tiada siapa berhak tengok-tengok aku melainkan dia si IMAM ku suatu hari nanti. Aku mahu jadi seperti Wan Nurfatin. Siapa kenal ? Kawan-kawan. doakan akuuu :)


0 Comments


I dont know
Aku taknak jadi orang yang pendam pendam pendam. Pendam lama-lama jadi dendam kan ? aku tak nak aku tak nak jadi seorang yang pendendam. Aku tak suka. Allah juga tak suka. YaAllah. Aku ni lemah betul. Hati aku tak kuat.

Hmmmm. Betul kata Aini. Mula-mula memang la kita tak selesa dengan keadaan yang berjumpa saudara bertudung lutup. Tapi sebenarnya itu la syarat-syaratnyaa. hmmmm. aku nak start pakai tudung jumpa saudara. Aku tak kira. Biarla kne hina ke, kne kutuk ke. 

Hmm, aku tak tahu kenapa kalau aku lakukan sesuatu tu kauorang mesti je nak tahu. Haha. aku tak kesah sebenarnya, cuma aku tak de kebebasan sikit. Hmm, mungkin kauorang nak tegur kot. cuma tak tahu macam mana. tu yang kauorang buat macam ni. Oh aku tak kesah pon. Haha. aku dah melalut apa pon aku tak tahu la. Haishhh. 

Hmm, kat koop tadi. Ala, malas nak cerita laa. Malu aku. Ei dah la terpijak sikit kasut Mel. Nak cover malu cucuk-cucuk pinggang Aqilah. Lalala. Patu tetap malu sebab ada orang tengah perhatikan aku. Ei, malu la malu. Nak dutchlady dapat Milo, patu orang tu tengok sambil mengucingkan aku. Lol. haish, dah ah. Malas layan.

Minggu depan exam :D Doakan aku, sebut nama penuh aku. NUR SYARAFINA BINTI KAMIS, Doakan supaya aku dapat jawab dengan sempurna, tenang, dan mudah-mudahan aku tak fail ! Ahh, seram . 
0 Comments


Umpama permata yang akan hilang.

Assalamualaikum.

Sesiapa pon akan terasa. Sesiapa pon akan kecil hati. Sesiapa pon akan terasa dingin. sesiapa pon akan rasa kecewa. Wahai, sahabat. Aku tahu aku tak layak jadi teman mu. Maafkan aku, selama ni cuma menyusahkan kau, buat susah hati kau, buat kau rasa terbeban. Atau mungkin kau fikir aku rampas seseorang dari kau. Maafkan aku. Aku tak layak disisimu :)

*Walau macam mana pon keadaan kau layan aku, aku tetap senyum dan akan layan kau dengan baik. Aku sayang kau. Maafkan segala salah silap aku dimatamu :)


0 Comments


Hajatnyaaa ~
Assalamualaikum semua :)

SubhanaAllah. YaAllah ! Allah ! Allah ! :'( Aku hanya insan yang lemah, selemah lemah insan yaAllah. Aku tidak layak untuknya.

Sungguh terharu hati ini. Ikhlasnya dia berkawan denganku. Ikhlasnya dia bersahabat denganku. Jauh dia letakkan aku didalam hatinya. Sungguh begitu bernilai diriku baginya. Mengapa mesti aku ? Mengapa? aku hanya debu dipadang. sungguh kecil aku ini berbanding mu. aku tidak layak.

Aku tahu, sukar untuk aku percaya akan janji mu. Allah ! Kami masih muda. tidak layak membuat janji. Apatah lagi janji yang berkenaan dengan hati. Janji seorang lelaki kepada seorang perempuan. SubhanaAllah. salahkah aku menerima lantas memegang janjinya ? Sungguh besar hajat dia. Sungguh besar pengharapan dia.

YaAllah, kami tidak menjalinkan hubungan yang haram disisimu yaAllah. Ampunkan kami yaAllah. kami tak ada apa-apa hubungan yang haram disisimu. Kerana kami takut, takut akan maksiat yang sentiasa wujud disekeliling kami. Maka itu, dia la hero yang berani berkata, "aku akan menikahimu wahai muslimah, inshaAllah. ketika umurmu 25tahun." Sebak hatiku mendengarnyaa.

Alhamdulillah. :') aku tahu dia ikhlas, kerana dia bukan jenis main cakap tanpa berfikir. aku kenali isi hatinya. aku kenali akhlaknya. aku kenali peribadinya dan ahli keluarganya. Wajarkah aku kenali dia dengan lebih terperinci ? Jika tidak, yaAllah, maafkan aku.

Dia sentiasa menasihatiku, Jaga maruahmu, tutup auratmu, jagalah akhlakmu. Jangan kau jadi perhatian orang lelaki. jangan menunjukkan susuk tubuhmu muslimah. sayang la dirimu. Jangan lupa solat ya :)

:) Aku dengar nasihatnya, begitu sekali dia. Kalau dia tidak teragak-agak ingin jadikan aku sebagai isterinya, sebagai wanita halal untuknya, begitu juga aku, Aku juga tidak teragak-agak ingin menjadikan dia sebagai imamku suatu hari nanti, menjadi suamiku, menjadi ayah kepada anak-anak ku dan membawa ku jannah-Mu yaAllah.

YaAllah, jika suatu hari nanti kami terpisah kerana ingin berjihad menuntut ilmu dijalanmu, kau lindungi la kami, kau jagalah hati kami, kau pelihara akhlak kami. Kau kekalkan dan jangan kau kurangkan kasih sayang kami. Biarla sekrang kami hanya berkawan, dan suatu hari nanti akan menjadi zauj dan zaujah yang taat akan perintah-Mu. Aku berharap yaAllah. Tolongla kami . ;'(
0 Comments


Im back
Assalamualaikum :)
Maaf dah lama tak update, siap deactive lagi kan ?
"I never complain about it, but please. Jangan halang kami !"

Biarla aku tempuhi ini dengan senyuman. Aku tak pernah cerita dekat sesiapa pasal hal ni. Sikit-sikit tu ada la. aku tak pandai nak cerita kat orang tentang masalah aku dengan dia. Why ? I dont know why. aku sentiasa cerita yang aku ok saja. Kami ok saja. :) Dengan kawan-kawan yang rapat tu ada la aku jujur. Jujur ? For what ? Aku tak buat salah pon. *pandang dengan muka 20sen sambil angkat kening mata sepet. -_-*

Serious, macam-macam berlaku. Tapi aku buat senyap dan buat muka ceria dalam masa yang sama hati aku ni kalau discan nampak calar-calar disentuh aduh, sakit, dirawat oh bahagia. Aku rasa diri aku ni kecil dimata dia. Dia balik contact aku bukannya tanya pasal aku. No no, dia tanya pasal sekolah, kawan-kawan. Oh oh, memang itu la yang aku tulis dekat kad. Jangan lupa kawan-kawan kat SESEGA. haha. takkan aku nak tulis, jangan lupa aku. Oh annoying gila.

Tak sangka double triple boleh TERjadi macam ni. haaaa, layankan, bila dah penat. benda tu akan hilang. Kan ? Kita ada Allah. Dan bermaksud kita ada dengan-Nya sentiasa, buat apa kita takut dengan ancaman orang biasa yang tak de kuasa pon. apa dia boleh buat kalau Allah tak izinkan ? Sesuatu tu takkan jadi kalau Allah tak izinkan. Sedarlaa.

Aku tak nak berperang hanya kerana lelaki. Oh oh, please ok. Lagipon, bukan masanya la kot aku nak bercinta, nak couple, nak berpakwe, nak dating, nak hang out dengan kawan-kawan yang bukan muhrim. *kauorang cerdik aku tahu kau orang paham maksudnyaaaaa* Lebih baik aku fokus dengan pelajaran. Sekarang aku dah form4 weh, form4 tahun depan form5. SPM! Spm dah ah susah. aku pon da malas nak fikir pasal dia lagi. kalau dia selesa dengan keadaan skrg, depend. aku tak pakse untuk ubah keadaan jadi normal.

Ha, homework pon banyak juga nak kena siapkan. takkan la aku asyik nak kena fikir pasal benda ni kan ? Lain la kalau tetiba dia datang umah aku, minta izin sama mak aku untuk jumpa aku dan tolong buatkan homework aku, tu lain la kan ? Tak pela, aku dah cukup bahagia ada kawan-kawan yang happy , ada kawan kuasa 30. ada hana bha. ada wawa sawi, ada aqilah, ada nurina, ok la kan ? Tak perlu ramai-ramai kawan, lagi ramai kawan, lagi macam-macam ragam la.

By the way dear. Thanks sebab sudi hantar message time kau on the way balik jumaat lepas. Aku hargai. Walaupon ada penyebuk kacau kan ? Pastu siap hantar message yang kau sukaa ....... ok malas mention, sakit jiwa raga. Dan terima kasih lagi sekali sudi chat dengan aku disaat akhir. Then untuk semua yang kau luangkan bersama aku. :) Really miss kau wahai jepon. Aku akan ingat semua kenangan tuuu, michi always ada dalam phone aku, jangan risau :) <3

0 Comments


DIA CALL AKU ! :D
Alhamdulillah. syukur kepada Allah, walaupon dia call cuma 45saat. YaAllah, aku punya rindu ni macam dah terubat. Gila ah, tak percaya siot.

Petang tu aku rasa macam yaAllah hampanyaaaa semua orang dekat SESEGA ni, aku rasa kalau ada dia lagi best dunia aku, sentiasa je happy happy, no more cry.

Tadi lepas mandi petang, aku duduk-duduk tengok tv9 cerita pe tah. HAHA. patu ada no call. no xdikenali. nervous nak angkat. Bila aku angkat. Dia ckp,

Hello syara ea ?
Aah, ni siapa ?
Ni aku laaaaa.
Sapa ni? *hati dah ckp, eh mcm suara qila*
Aku la Qila,
QILAA ? *nak kepastiaan, betul ke ni qila.air mata dah nak mengalir, Ahhh, happynya qila call. Rindu diaaaa T__T*
Yela aku, peh lupa aku seh.
haha, mana ada lupa. eee, rindu kau.
HAHA, aku pon rindu kau, aku tk leh ckp lelama ni duit syiling tak byk. eh aku dgr tasha masuk sn1 and blalalalaa dia cerita dia geram tk suka tasha masuk sn1.
*aku senyap. dlm hati, yaAllah, terima kasih, rindunya dekat insan yg tengah bebel2 ni*
Weh, kau dgr tak?
HAHA, dengar la, ntah mana la aku tahu knp dia boleh masuk sn1.
Kau nangis ke? Jangan la nangis. ada apa-apa keeee....
tut tut tut. Talian terputus.

Huaaaa. sedihnyaaaa ! tak abes ckp lagi. Ahhhh, qilaaa. Aku rindu kauuu. Sedihnya sedihnyaaa. T________T
0 Comments


Someone I really miss :')
Assalamualaikum :)



Baru dua hari dia daftar nama dekat sana. Aku dah rindu. Huh, tak tabah la aku ni. Malu saja orang tengok. Wuuuu ~ Tutup mukaa.

Hmm, tak tahu nak cerita dekat siapa. Tak tahu nak luahkan dekat siapa. Terasa tiada orang yang sayangkan aku lagi selepas dia pindah. Seperti kasih sayang dia dibawa pindah sekali. Kosong saja hati ni. Kawan yang lain macam tak pandai nak buat macam mana dia selalu buat aku happy. Selalu buat aku ketawa sampai keluar air mata gembira. No one can do that except YOU !

Weh, bila nak balik ? Kau tahu tak ? Dekat sini kan semuaorang tak pandai nak buat lawak macam mana kita selalu buat, semuaorang tak pandai nak buat keadaan jadi gembira. Semuaorang dekat sini serious sangat, tak ada gelak pon. ada pon sikit je. Tak macam dulu time kau ada. Mesti aku takkan ada masa untuk bersedih. Kau pandai buat aku ketawa, buat kerja gila-gila. E dah lama tak buat benda tu semua. Rindu sangaaattt ! T_______________T

Q ! T______T aku rindu kau sangat-sangat. Tiada pon yang perangai macam kau. Pandai jaga hati kawan, pandai hormat orang, pandai paham orang. Malah, kau pandai baca perasaan orang. Bila aku senyap, kau faham aku tengah bersedih. Hanya kau seorang je yang memang pantas digelar rakan, sahabat, kakak kepada aku, Aku, Nur Syarafina. Tiada orang lain yang dapat ganti tempat kau dihati aku. Qilaa. Aku sayang kauuu.

Yang Dirindui,
Aqilah Azman
0 Comments


Kau sahabatku, :'(
Assalamualaikum, Bismillahirahmanirahim.

YaAllah, satu persatu kau jauhkan aku daripda sahabatku. Aku terasa sepi. Walaupon masih ada lagi sahabat yang lain disisi. Tapi kehilangan seorang sahabat baik tuh boleh menyebabkan sepiku bertambah sepi.

Nama dia begitu familiar. Dulu masa kecik-kecik, listkan nama anak-anak, Konon. budak-budak berangan je lebih. Nama pertama mesti Aqilah ..... Yang aku ingat Aqilah Wafa Qaisarah dengan Aqilah Wardina Qistina. Ala, budak-budak memang suka letak nama future kids diorg lebih kurang je dulu laa. Dan nama sahabat baik aku ni Nur Aqilah. Suka gila aku dengan nama Aqilah ni. Budaknya pon baik, comel je.

Form 3, dia lah kawan, deskmate, BFF, gaduh cubit pipi, tarik-tarik tudung, dia demam aku jaga. O'Allah, awesomenya masa tu. :'( Semua itu tinggal memori. Sekarang, dia akan pindah ke sekolah yang lebih baik. Dia akan ke SBP Sembrong, SBP yang aku mohon dulu. Wahh, aku mengharap dapat masuk sana, tapi tak de harapan, malah dia pula yang akan kesana. :) Syukur ke hadrat Ilahi kerana dia dapat masuk ke sekolah yang terbaik :)

Aqilah elergik dengan telur ke udang, camtu la. Nanti dia gatal-gatal. Smpai sekrang aku ingat. HAHA, tapi aku ni tak berguna, sampai sekrang aku tak tahu apa yang dia betul-betul suka. Sedih aku, Allah hanya bagi aku masa setahun untuk aku mengenali dia. :'(( Aku pernah masak bakso dengan pegedil. Weheee, makan berdua je dengan dia dekat depan bilik guru, Gentle gila time tu, orang makan kat kantin, kitaorang watlek makan dekat wakaf depan bilik guru. HAHA. Time tu dia makan usyuk gila. Sedap mungkin. Rindunyaaaaaaa.

Hmm, aku tak tertahan. Rasa nak nangis je. Time aku buatkan qila punya tudung. Allah saja yang tahu perasaan aku. Cuba aku tahan air mata dari mengalir. Tapi aku gagal, aku lemah. T____T Aku belek tudung tu mcam aku nampak aqilah depan aku. Aku cakap-cakap dengan tudung tu, macam orang gila saja. Aku bagi nasihat kat tudung tu. Lindungi Aqilah, jaga auratnya, pelihara akhlaknya. Dia gadis yang baik, jauhi dia dari segala maksiat. Semoga Allah lindungi kau wahai sahabat.

Aqilah orang yang mematangkan aku. Dia sudah seperti kakak aku. Berat hati aku nak tinggalkan dia. Berat hati aku untuk datang ke rumahnya. Untuk tengok dia, tentu sekali jika aku hadir kerumahnya, banyak barang-barang yang dah siap dipack untuk dibawa bersamanya Selasa ni. Mampukah aku menghadapinya ? Mahu berjurai air mata dibuatnya nanti. Tidak mengapalah, aku akan datang nanti. InshaaAllah raya cina nanti. Aku dah janji nak bawa kek. Agak-agak dia suka kek apa yek ?

Aqilah, aku sayang kau. Jangan lupa aku ok sayang :) aku pon takkan lupakan kau. Kau la sahabat yang sentiasa memahami aku. Kau saja lah yang aku ada untuk sama-sama ketawa, sama-sama berjenaka, sama-sama sedih. Qila, maaf aku tidak ada apa-apa barang berharga yang boleh aku beri. Tapi ingatla. Kasih sayang aku adalah hadiah paling berharga bagi aku untukmu sahabat. Pelukan terakhir kau buatkan aku tambah sayang dekat kau, berat hati aku untuk melepaskan pelukan erat yang kau telah berikan. Aku rindu ingin gelak bersama-sama kau. Rindu dengan 'ceter' yang kau selalu je buat f3 dulu. Comel sangat.

Tak de la nanti orang nak ngadu apa-apa dekat aku. Nak cerita-cerita kat sekolah. Ala, nanti aku nak belanja siapa kat sekolah ? Hmm, Aku takkan bazirkan duit aku untuk orang yang aku tak ada sayang langsung dihati. Hmmm, siapa pula nanti nak jadi juri untuk masakan aku. Takkan ku cari pengganti untuk kau. Kau la yang satu. Takkan ada pengganti. Walau ramai mana kawan aku, kau tetap lain dari yang lain. Susah hati aku kalau kau merajuk atau terluka. Susah hati aku kalau kita bergaduh. Aqilah, aku minta maaf la selalu timbulkan permasalahan. Maafkan aku.

Aqilah, jaga diri dekat sana, Jaga solatmu. Jangan salah makan ok ? Kalau senggugut, jangan lupa makan ubat atau sapu minyak angin. Jaga kesihatan. :) Aku akan doakan kau selalu. Assalamualaikum :)





0 Comments


DIALAH YANG AKU RINDU NANTI :'(
Assalamualaikum. Salam Ukhwah semua :)

Selamat pagi.
Hari ini hari Ahad 20/1/13.

YaAllah, beratnya hati aku nak tengok phone dan tengok text dia malam tadi. Harini last. Last ! Esok Isnin 21/1/13 dia akan check in dekat HOTEL Teknik JB. Haaaaa, beratnya beratnya. Banyak benda aku nk cakap dekat dia. tapi, asal aku text dia. aku rasa aku nak stop conversation, nak stop ! Sedihnyaa, tak boleh nak bual lama2 nanti berjurai air mata.

Semalam merentas desa. Dekat sekolah. Dan sepatutnya aku tak datang semalam kena pergi tangkak and terus fly pergi KL tapi aku cakap kat mak, tak payah pergi KL. Minggu depan je pergi. Kalau aku tak dtang sekolah, nanti kene denda. Ok, aku tak tipu mak, memang itu la yang betul, kalo tak datang kene denda.  Tapi sebenarnya hanya kerana dia la aku sanggup datang, merentas desa dalam hujan, demam pagi ni. Aku rela buat benda tu semua semata-mata nak tengok dia dekat sekolah pada jarak jauh. JARAK JAUH. Ada juga pasang hati ni nak pergi jumpa dia facetoface. Tapi, tak sanggup. Tengok dari jauh je dah rasa nak nangis. Lagi la depan depan.

Tak tahu kenapa aku takut sangat kalau dia jalan dengan Ameen. Ameen suka buat apa yang Ameen nak tahu. Dan ya, Ameen dah buat. Ameen tanya dekat dia. "Kau suka syara ke?" Aku tak faham kenapa Ameen sanggup buat benda terlarang tu, puas aku cakap, JANGAN TANYA JANGAN TANYA! Dan berbuih mulut aku cakap, Ameen degil. And last. Ameen juga yang kecewa. Ameen juga yang sedih. Kenapa Ameen ? Untuk kepuasan kau tau untuk mengecewakan kau ?

Semalam, lepas dari pembahagian hadiah, dengan bangganya aku dapat call dari abah. Abah cakap, abah dah tunggu aku dekat depan sekolah and kami akan terus pergi tangkak. Aku keluh kesal. Kenapa cepat sangat. Nak juga aku tengok dia buat kali terakhir. T______T Nak juga aku lambai dia buat kali terakhir. Aku tak ada pilihan lain semalam. Aina, Ana semua cakap, tak pela syara, balik je, nanti kau msg la dia. Arghhhh !! Sedihhh ! Aku nak jumpa dia.

Jelous aku dengan Ameen, Iwan, Aiman dapat borak-borak dengan dia. Bergurau-gurau. Aku hanya dapat tengok dia gelak-gelak dengan kawan dia dalam hujan dekat tengah padang tu. Hanya itu. Itu pon aku curi-curi tengok. Menangis aku dalam kereta time aku text dia. Dia cakap , lama x panggil aku sayang. Ok time ni aku gelak. Kelakar je, perlu ke cakap mcam tu? and aku cakap, sejak kena marah haritukan ? Haha. Dia cakap, dia sedih time aku marah tu. Alaaa, :'( kesian dia. Arghh, makin nangis aku. Sedihnyaa, aku dah buat dia sedih tanpa aku sedari.

Banyak memori aku dengan dia. Aku telah refresh semua tu dalam hujan. Hujan ! Kenapa mesti dalam hujan ? Sedih seh. muka basah basah, Aina nak sangat tahu. Aku cerita la dari A-Z. Aku menangis aina tak nampak. Muka basah kena hujan tak de beza dengan muka basah menangis. Aina kata, tak sangkanyaaaa. Alah, apa yang tak sangkanya?

Hmm, Aku rindu dia sangat-sangat. Betul apa kata dia, baru-baru ni jelakan nak tegur dia. Bukan la, sbenarnya dah lama aku nak tegur dia, cuma. Hmmm, aku takut. Takut aku mengganggu dia. Lagipon lately ni banyak sangat masalah aku kene hadapi. Stres memanjang, hw nya lagi. Tak sempat nak tegur dia. Dekat sekolah tengok dia dari jauh. Haha, Wawa jela yang nampak dia tengok aku, Yeke dia tengok aku ? Sumpah aku tak perasan. Tah tah wawa tipu.

Hmmm, apa boleh buat. Dah keputusan dia macam tu, nak sambung belajar dengan sekolah Teknik. Tak de siapa larang kalau dah itu minat dia. Tak pela. doakan yang terbaik untuk dia. :) Semoga dia dapat sesuaikan diri dekat sana, yela, dia kan anak mak. Eh eh ? hahaha. :p

Untuk kau, aku doakan yang terbaik k ? Semoga kau kat sana jangan la degil nak makan, makan jela. Jangan cakap, tak nak makan, tak lapar. kang gastrik lagi baru tahu. Jaga diri. Aku sayang kau. Kau sayang aku. Eh ? Haha, *ok perasan* Salam ukhwah fillah DSBM :) 
0 Comments


Older Post | Newer Post