Be nice here
ABOUT STUFF LINKS FOLLOW
Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3
Lenggang perut @ Baby Shower ?

Assalamualaikum, hai gais. Syara back again.

Minggu ni agak sibuk sikit dengan studyweek so tak banyak aktiviti buat. Cuma haritu ada la pergi hidden lake. Dengan kawan-kawan inasis, which is Una, Nori, Wani, Zura and Ina. Nanti la aku buat update pasal hidden lake yang berada dalam hutan sintok UUM.

Berbalik pada topik asal. Lenggang perut atau orang zaman sekarang panggil Baby Shower. Pada hari semalam (24.12.2017), dekat rumah aku ada buat majlis kesyukuran dan lenggang perut untuk 3orang wanita dalam keluarga aku, iaitu Kaknana, Kakak ipar aku, dengan Cik emy. Usia kandungan diorang lebih kurang je semua. Hahaha due dalam bulan Mac and April. Sebab tu mak decide nak buat lenggang perut serentak.

Walaupun aku takde, aku tak balik johor sebab busy exam dah nak dekat. Tapi aku tahu la jalan cerita dia macam mana. Sebab setiap pagi and malam aku akan call diorang tanya apa jadi. Cuma pada hari kejadian tu je aku tak sempat nak call sebab aku pun busy nak buat add drop course. So ada la beberapa perkara berlaku pada hari tersebut.

Pada sebelah pagi, adik beradik mak abah semua datang tolong rewang-rewang. Sebab mak tak ambil catering kalini. Nak ambil mood katanya rewang ramai-ramai. So pagi diorang masak-masak, lepas zohor tu. Baru bermula majlis lenggang perut beserta majlis sambutan hari jadi saudara mara yang bulan december. Seronok. Rasa rugi tak balik. Hmmm

Waktu majlis lenggang perut tu, ada acara urut dari mak bidan. Yang tu aku tak tahu detail sebab aku mana la pernah attend event macam ni. Ni first time dalam family kot. Selain dari acara untuk perempuan (ibu) ada juga acara untuk bapa. Macam family aku, abah aku cari buah kelapa muda kalau tak silap, so yang suami ni belah kelapa tu tak kira la belah tengah or tepi or mana-mana dia ada maksudnya. Kalau tengah tu anak lelaki. Kalau senget atau belah tepi, maknanya anak perempuan. Tu tak tahu la kan, tu macam adat je. Jangan la pula percaya bulat2 haha jatuh syirik nanti.

Lepas acara tu semua siap. Diorang ada majlis sambut hari jadi pula. This part takde santa bagi hadiah cukup la acara potong-potong kek hahaha. Sebab aku takde so takde la acara main teka teki mengenai birthday girl/boy tu. Sebab games tu aku je selalu ngada nak buat hahaha. Lepastu diorang ada acara tiup belon. Dalam belon tu ada clue, siapa dapat jawab dia menang siapa tak dapat jawab kena selet muka dengan kek. Aku pun tak tahu menang dapat apa. Sebab saudara aku cerita tak abes. Nyampah.

Pada malam tu, abah buat majlis yasinan untuk orang lelaki. Orang surau datang rumah baca yasiin. Dan doa kesyukuran sikit. Alhamdulillah.

Tapi ada yang duka, sebab kakak ipar aku tak nak datang. Family matter aku pun malas nak amek port sangat dah besar pandai-pandai la kan. Hahaha. Aku nak share gambar tapi gambar yang aku dapat tak banyak. Hmmm

Ni la budak-budak december, kurang seorang. Hafiz tak de. Sebab dah kerja kan.


Ni kaknana dan cik emy. Mom to be. I tak sabar nak jadi aunty ekeke

Ni antara gambar paparazi abang ezz hantar dekat aku. Hihihi. Ni majlis kesyukuran yang dihadiri orang surau. 
0 Comments





Older Post | Newer Post