Have a cup of POSITIVETEA.
Assalamualaikum, hai rindunya lah dekat blog ni. Lama sangat tak update dah dekat 3 tahun aku tak menjengah dan bercerita. Mesti ada yang nak tahu sekarang aku dekat mana, study mana, buat apa?
Untuk permulaan blog 2017 aku briefkan tentang diri aku jap. Sekarang aku dah 20 tahun. Menuntut di Universiti Utara Malaysia, dalam bidang perbankan yang sangat membosankan. Tapi alhamdulillah kami diberi pilihan untuk course minor dan aku pilih accounting! Alhamdulillah. Semua ok je. Kedah-Johor takde hal la. Lepak jela dalam bas hahaha sumpah barai.
Nak tahu ke life aku sekarang macam mana? Panjang nak cerita. Aku akan cerita satu-satu. Tapi harini terbuka hati nak cerita tentang partner zaman sekolah. Siapa ingat dia power! hahaha. Aku brief lagi sekali la pasal partner zaman sekolah. We call him Ameen. Sampai sekarang kami kawan dan kami contact. Jarang jumpa je sebab dia dah sambung belajar dekat Sarawak dan aku dekat Kedah. Cuti tak sama. Susah nak jumpa. Sebenarnya kami dah lama takde apa-apa hubungan special sejak aku semester 2 dekat UUM tu. Tapi sejak akhir-akhir ni, start aku masuk semester 3 dan dia semester akhir di politeknik, dia jadi orang lain. Makin serius dalam hubungan. Walaupun dia tahu aku masih terluka dengan apa dia buat dulu. Tapi dia tetap tak putus asa. Dia anggap aku masih sayang dan suka dia. Aku pun tak boleh nak tolak sebab walaupun terluka tetap rasa peduli dan kesah. Yela dulu kami kawan rapat akrab. Kalau tetiba dah lupa sbb cinta macam susah. Kawan dia, kawan aku, kawan aku kawan dia. Macam tu la/
Semalam dia ada dm aku dekat instagram sbb dia tahu kalau dia ws, aku takkan balas. So dia try market dekat DM. Aku pun dungu pergi buka dan balas. Dia bagitahu, dia dah get ready nak saving. Memandangkan dia dah nak abes belajar ni. Dia nak kumpul awal sebab taknak aku tunggu dia lama sangat. Dia nak segerakan pernikahan kami. Like what ?!!! Aku tak setuju apa-apa pun nak kahwin dengan dia. Dan kami dah dekat 4bulan tak contact dan tiba-tiba dia buat comeback macam ni? Aku terus nangis. Orang yang kita dah lama tak berhubung, rindu, sayang, yang kita anggap dia dah tak wujud. Rupanya masih ada dah setia. Allahu. Dan tak lupa dia ada ajak daftar haji sesama. Sebab dia kata dia nak pergi dengan isteri dan keluarga. Kau faham tak? Maknanya dia memang nak aku jadi pendamping hidup dia walaupun kami banyak sejarah hitam.
Aku tak tahu la. Aku belajar pun tak abes lagi. Aku pun tak ready lagi nak jadi isteri orang. Nak kena masak setiap pagi. Basuh baju. Ironkan baju suami. Weh semua tu aku tak pernah fikir pun nak kena buat. Takkan la aku kena prepare dari sekarang kot? Aku still nak berjimba enjoy dengan life teenagers aku ni. Aku pun tak pernah terfikir akan ada mak mertua, ayah mertua. Kakak dan adik ipar yang sangat baik. Ha aku takut. Kawan-kawan aku kata masa depan aku cerah. Bila dah ada lelaki yang serius dengan kita macam ni. Diorang kata aku dah boleh belajar sesuaikan diri dengan dapur, rumah dan BILIK TIDUR~! shit man ! Aku punya cita-cita nak taruk mana? I mean yela aku ada azam, aku nak bawa mak abah pergi umrah sesama. Lepastu aku nak buka cafe sendiri. Ameen pun tahu kot benda tu. Nanti kalau kahwin mesti kena obey all his rules. Dia dahla tegas buat aku jadi susah nak utarakan pandangan. Hmm aku harap kalau dia nak ajak aku kahwin sekali pun biar la aku tunaikan hajat aku.
Kauorang mesti tak faham kan perasaan aku. Hmm susah tau nak move on dari dia. I try to love, care macam dulu tapi semuanya fake. Aku nampak terpaksa. Aku nampak tak sedia. Allahu. Ikhlaskan hati ni. Aku cuba berbaik balik dengan dia sebab aku pun tak jumpa mana-mana lelaki yang boleh gantikan dia. Adam tu sebagai kawan boleh la. Maybe Ameen tu memang jodoh aku. Who's know right? Kita cuba. Semoga Allah permudahkan segalanya. Istikharah. InshaAllah. Amin..
Older Post | Newer Post