Kau sahabatku, :'(
Assalamualaikum, Bismillahirahmanirahim.
YaAllah, satu persatu kau jauhkan aku daripda sahabatku. Aku terasa sepi. Walaupon masih ada lagi sahabat yang lain disisi. Tapi kehilangan seorang sahabat baik tuh boleh menyebabkan sepiku bertambah sepi.
Nama dia begitu familiar. Dulu masa kecik-kecik, listkan nama anak-anak, Konon. budak-budak berangan je lebih. Nama pertama mesti Aqilah ..... Yang aku ingat Aqilah Wafa Qaisarah dengan Aqilah Wardina Qistina. Ala, budak-budak memang suka letak nama future kids diorg lebih kurang je dulu laa. Dan nama sahabat baik aku ni Nur Aqilah. Suka gila aku dengan nama Aqilah ni. Budaknya pon baik, comel je.
Form 3, dia lah kawan, deskmate, BFF, gaduh cubit pipi, tarik-tarik tudung, dia demam aku jaga. O'Allah, awesomenya masa tu. :'( Semua itu tinggal memori. Sekarang, dia akan pindah ke sekolah yang lebih baik. Dia akan ke SBP Sembrong, SBP yang aku mohon dulu. Wahh, aku mengharap dapat masuk sana, tapi tak de harapan, malah dia pula yang akan kesana. :) Syukur ke hadrat Ilahi kerana dia dapat masuk ke sekolah yang terbaik :)
Aqilah elergik dengan telur ke udang, camtu la. Nanti dia gatal-gatal. Smpai sekrang aku ingat. HAHA, tapi aku ni tak berguna, sampai sekrang aku tak tahu apa yang dia betul-betul suka. Sedih aku, Allah hanya bagi aku masa setahun untuk aku mengenali dia. :'(( Aku pernah masak bakso dengan pegedil. Weheee, makan berdua je dengan dia dekat depan bilik guru, Gentle gila time tu, orang makan kat kantin, kitaorang watlek makan dekat wakaf depan bilik guru. HAHA. Time tu dia makan usyuk gila. Sedap mungkin. Rindunyaaaaaaa.
Hmm, aku tak tertahan. Rasa nak nangis je. Time aku buatkan qila punya tudung. Allah saja yang tahu perasaan aku. Cuba aku tahan air mata dari mengalir. Tapi aku gagal, aku lemah. T____T Aku belek tudung tu mcam aku nampak aqilah depan aku. Aku cakap-cakap dengan tudung tu, macam orang gila saja. Aku bagi nasihat kat tudung tu. Lindungi Aqilah, jaga auratnya, pelihara akhlaknya. Dia gadis yang baik, jauhi dia dari segala maksiat. Semoga Allah lindungi kau wahai sahabat.
Aqilah orang yang mematangkan aku. Dia sudah seperti kakak aku. Berat hati aku nak tinggalkan dia. Berat hati aku untuk datang ke rumahnya. Untuk tengok dia, tentu sekali jika aku hadir kerumahnya, banyak barang-barang yang dah siap dipack untuk dibawa bersamanya Selasa ni. Mampukah aku menghadapinya ? Mahu berjurai air mata dibuatnya nanti. Tidak mengapalah, aku akan datang nanti. InshaaAllah raya cina nanti. Aku dah janji nak bawa kek. Agak-agak dia suka kek apa yek ?
Aqilah, aku sayang kau. Jangan lupa aku ok sayang :) aku pon takkan lupakan kau. Kau la sahabat yang sentiasa memahami aku. Kau saja lah yang aku ada untuk sama-sama ketawa, sama-sama berjenaka, sama-sama sedih. Qila, maaf aku tidak ada apa-apa barang berharga yang boleh aku beri. Tapi ingatla. Kasih sayang aku adalah hadiah paling berharga bagi aku untukmu sahabat. Pelukan terakhir kau buatkan aku tambah sayang dekat kau, berat hati aku untuk melepaskan pelukan erat yang kau telah berikan. Aku rindu ingin gelak bersama-sama kau. Rindu dengan 'ceter' yang kau selalu je buat f3 dulu. Comel sangat.
Tak de la nanti orang nak ngadu apa-apa dekat aku. Nak cerita-cerita kat sekolah. Ala, nanti aku nak belanja siapa kat sekolah ? Hmm, Aku takkan bazirkan duit aku untuk orang yang aku tak ada sayang langsung dihati. Hmmm, siapa pula nanti nak jadi juri untuk masakan aku. Takkan ku cari pengganti untuk kau. Kau la yang satu. Takkan ada pengganti. Walau ramai mana kawan aku, kau tetap lain dari yang lain. Susah hati aku kalau kau merajuk atau terluka. Susah hati aku kalau kita bergaduh. Aqilah, aku minta maaf la selalu timbulkan permasalahan. Maafkan aku.
Aqilah, jaga diri dekat sana, Jaga solatmu. Jangan salah makan ok ? Kalau senggugut, jangan lupa makan ubat atau sapu minyak angin. Jaga kesihatan. :) Aku akan doakan kau selalu. Assalamualaikum :)
Older Post | Newer Post