Be nice here
ABOUT STUFF LINKS FOLLOW
Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3
Hajatnyaaa ~
Assalamualaikum semua :)

SubhanaAllah. YaAllah ! Allah ! Allah ! :'( Aku hanya insan yang lemah, selemah lemah insan yaAllah. Aku tidak layak untuknya.

Sungguh terharu hati ini. Ikhlasnya dia berkawan denganku. Ikhlasnya dia bersahabat denganku. Jauh dia letakkan aku didalam hatinya. Sungguh begitu bernilai diriku baginya. Mengapa mesti aku ? Mengapa? aku hanya debu dipadang. sungguh kecil aku ini berbanding mu. aku tidak layak.

Aku tahu, sukar untuk aku percaya akan janji mu. Allah ! Kami masih muda. tidak layak membuat janji. Apatah lagi janji yang berkenaan dengan hati. Janji seorang lelaki kepada seorang perempuan. SubhanaAllah. salahkah aku menerima lantas memegang janjinya ? Sungguh besar hajat dia. Sungguh besar pengharapan dia.

YaAllah, kami tidak menjalinkan hubungan yang haram disisimu yaAllah. Ampunkan kami yaAllah. kami tak ada apa-apa hubungan yang haram disisimu. Kerana kami takut, takut akan maksiat yang sentiasa wujud disekeliling kami. Maka itu, dia la hero yang berani berkata, "aku akan menikahimu wahai muslimah, inshaAllah. ketika umurmu 25tahun." Sebak hatiku mendengarnyaa.

Alhamdulillah. :') aku tahu dia ikhlas, kerana dia bukan jenis main cakap tanpa berfikir. aku kenali isi hatinya. aku kenali akhlaknya. aku kenali peribadinya dan ahli keluarganya. Wajarkah aku kenali dia dengan lebih terperinci ? Jika tidak, yaAllah, maafkan aku.

Dia sentiasa menasihatiku, Jaga maruahmu, tutup auratmu, jagalah akhlakmu. Jangan kau jadi perhatian orang lelaki. jangan menunjukkan susuk tubuhmu muslimah. sayang la dirimu. Jangan lupa solat ya :)

:) Aku dengar nasihatnya, begitu sekali dia. Kalau dia tidak teragak-agak ingin jadikan aku sebagai isterinya, sebagai wanita halal untuknya, begitu juga aku, Aku juga tidak teragak-agak ingin menjadikan dia sebagai imamku suatu hari nanti, menjadi suamiku, menjadi ayah kepada anak-anak ku dan membawa ku jannah-Mu yaAllah.

YaAllah, jika suatu hari nanti kami terpisah kerana ingin berjihad menuntut ilmu dijalanmu, kau lindungi la kami, kau jagalah hati kami, kau pelihara akhlak kami. Kau kekalkan dan jangan kau kurangkan kasih sayang kami. Biarla sekrang kami hanya berkawan, dan suatu hari nanti akan menjadi zauj dan zaujah yang taat akan perintah-Mu. Aku berharap yaAllah. Tolongla kami . ;'(
0 Comments





Older Post | Newer Post