Ok harini nak cerita pasal tempat menarik yang ada dalam UUM, Sintok. Banyak sebenarnya tempat menarik dekat dalam Universiti Utara Malaysia yang orang tak tahu. Tempat-tempat menarik ni sesuai untuk sesiapa yang sukakan aktiviti lasak, masuk hutan memang enjoy la.
Tempat yang aku nak share ni agak tersembunyi. Tapi ramai je pelajar-pelajar UUM dah teroka. Tempat ni dinamakan Hidden Lake. Dia berada di dalam hutan sintok, berdekatan dengan padang sasar. Berdepan dengan bustop laluan c. Ha aku bagi detail dah ni. Hahaha
Dalam 2-3 kilometer nak masuk dalam dari laluan utama. Takdela jauh mana. Sebelum sampai tu, akan nampak tempat budak-budak suksis menembak. Diorang punya tempat latihan menembak. Memang seram ah lalu situ waktu-waktu 6.30 keatas. Macam tempat pembunuhan zaman penjajah. Sebab dia ada bahagian bawah tanah. Hahaha
Ok mesti tak sabar ni nak tahu. Hidden lake ni dia tasik simpanan yang semula jadi ada dalam hutan tu. Aku tak rasa air dia mengalir. Sebab tenang je dia dekat situ. Ada yang bertanya, ada buaya ke? Boleh mandi ke? Dalam ke? Ok meh aku jawab satu-satu. Tasik tu takde buaya. Kalau ada dah lama pihak Uni tutup tempat tu. Ya, tempat tu boleh mandi untuk orang-orang yang degil dan sukakan adventure sebab tasik ni dalam. Kawan aku yang tinggi 178cm mandi dalam tu pun dia kata kaki dia tak jejak tanah pun. Dia pandai berenang so tak kesah pun jejak tanah ke tak. So yang rendang-rendang macam aku ni tak payah la berangan ok? Hahaha.
Kalau kauorang dari laluan A&B just naik bas berhenti dekat dkg 1. Jalan kaki sikit sampai dekat padang sasar tu masuklah dalam. Kalau dari laluan C boleh berhenti dekat alumni junction macam tu juga laluan D. Sama juga kauorang kena lalu dekat padang sasar. Tu jela laluan yang sesuai. Tak teroka lagi laluan lain. Heheh
Masa kitorang datang tu, actually pagar tak buka tau. UK kot yang tutup sebab waktu tu cuti kan. Bukan weekday. So kitorang lalu dekat lubang dari pagar tu. Student kot yang buat. HAHAHA serius waktu tu rasa macam yaAllah degilnya.
So dekat sini aku ada sediakan video. Tapi tak nampak sangat hidden lake tu, more video kitorang je hehehehe