Terasa sudah ~
Assalamualaikum. :)
Aku mencuba untuk tersenyum pagi ni. Aku cuba untuk ketawa. Aku cuba untuk jadi orang paling ceria pagi ni. Tapi aku tak mampu. Kenapa ye? Aku sengaja datang lewat pagi tadi. Sebab aku taknak menunggu dia datang sekolah. Jadi biar la aku datang dan terus ke tapak perhimpunan untuk lihat dia disana. Tapi malang menimpa aku. Aku kecewa. :'(
Dia selalu duduk di barisan paling hadapan barisan perempuan. Tapi tadi, aku tak nampak pon dia, aku mencari. Tapi aku nampak orang lain pula. Orang yang buat mood aku merundum. YaAllah. dia tak datang ke ? Aku rasa nak menitis air mata. Phewww, aku ........... Eii, tak kan dia dah pindah ! Nooooooooo !!!!
Aku cari tempat duduk yang berhampiran dengan tempat budak tu. Ok la. aku mengalah. Aku cuba untuk bertenang.
Aini datang menerpa. Ok la. aku terhibur. :) Tapi hati aku tetap tertanya. kenapa dia tak datang ? Kenapa dia tak ada hari ini ? Adakah dia sudah pergi meninggalkan kawan-kawannya ? YaAllah. aku tak dapat bendung perasaan. Sedihnya aku. Aku tahan ye air mata dari mengalir. Aku pergi toilet, aku buat hw dekat dataran. Lupa sekejap aku dengan ketiadaan dia disisi. *Hm, macam orang bercinta je post aku ni.
Ntah kenapa, waktu rehat semua serbu tanya, eh betul ke dia nak pindah. Betul ke ? Mood aku kembali sedih. Apa perlu aku jawab ? Apa ? Hmm, mahu tersembur air mata aku ni. Tapi aku konon cool. Aku cakap. "aku tak tahu". Hana datang dan cakap. "syara kenapa ni ?" Aku buat bodo, terus membelek diari 4AK2. Tersenyum sebentar aku tengok nama penyelaras diari. Tak pela, walaupon dia tak de kat sisi, dia tetap ada dalam hati aku. Dia kembar terulung aku.
Aku termenung depan koop. ntah kenapa aku teringat peristiwa kami dapat air free, sebelum tu dia yang ke kaunter koop ingin beli minuman, tapi hajatnya ingin membeli terbantu tatkala Iqbal aka Tabla belanja dia. Ntah kenapa aku pula yang rasa cemburu dan terasa haus. Aku ke koop untuk tutup cemburu tiba-tiba tu. Tak perasan ada Ameen, kali ni giliran aku pula dapat air free. Dalam hati, kenapa la apa yang dia dapat aku pon dapat, apa yang dia rasa aku rasa, apa yang dia alami, turut sama aku alami. Auch, penangan kembar tak seibu sebapa mungkin. :D
Aini dengan tak malu datang ke arah aku. Tanya "kau kenapa mood macam tak stabil" aku malas nak cakap. aku jawab, ntah. Aini tenung aku macam asdfghjkl hmmm. aku buat muka tembuk. aku tengok budak lalu lalang depan aku. Seronok je diaorang ada kawan jalan sesama. Aku ? Mana dia ? Kenapa dia tak datang ? Atau dia sudah pindah ? Ah itu je yang bermain dalam kotak fikiran aku. Aku istifar dalam-dalam.
Ntah kenapa aku jadi budak cengeng. Naik saja ke kelas. aku nampak Ameen. Ya aku muka tak malu, buat muka depan Ameen. Ntah apa yang orang sekeliling cakap, mesti cakap aku tunjuk comel depan Ameen. Eh suka hati la. :p aku terus teringat apa Ameen cakap malam ahad haritu. Dia cakap, dia lebih suka tengok aku berkawan dengan Wawa berbanding yang lain. Sebab aku akan kelihatan ceria, berbanding dengan yang lain. Aku tak tahu kenapa ayat tu buat aku menangis dalam kelas. Semua risau yang diaorang buat aku kecewa sampai aku nangis. Yela, sebelum ni Meen Nordin ada tanya pasal rombongan dan itu buat aku stres. tapi aku tak amek kesah pasal itu malah hal lain pula mengasut minda.
Pening kepala aku menahan air mata, aku cuba tidur waktu PNP Bahasa Inggeris yang ternyata Sir Harith tak masuk ke kelas. mungkin ada hal penting. Tapi malang, aku tak boleh tidur. Aku melupakan semuanya yang mengganggu minda. Aku buat kerja Prinsip Akaun dengan tenang. Sekali lagi fikiran aku diganggu. Nila dan Hakim sibuk menanyakan kenapa aku menangis. Akhirnya Nurina yang cerdik menjawab pertanyaan
Nila. Ntah kenapa malas aku nak buka mulut, kang aku menangis lagi.
Waktu balik, aku duduk di kantin sambil buat kerja Prinsip Akaun. Aku tak fikir panjang. Aku dah terbiasa menunggu dia pulang dari kelas terakhir dan kebiasaannya aku dan dia akan melepak dulu di kantin sebelum makan dan solat selepas itu belajar di perpustakaan atau dia hadir ke latihan koir sekolah. Aku tak sedar langsung yang dia tak hadir pada hari ini. Hingga la Hana menerpa aku di kantin. Aku terpinga, mana dia ? Baru aku sedar dia tak datang. Hmm
Aku pulang juga dengan Nurina pada jam 2.00 petang. Ntah la, hati aku rasa nak berderai bila tengok muka Hana happy je tanpa dia. Ei apa la kau ni tak ada perasaan ke ? Bukan ke Hana selalu berdamping dengan dia ? Oh mungkin sebab Hana budak baru. Sayang tu belum tersemat sepenuhnya. Tak pela. Ntah kenapa hati kecewa aku buatkan aku terlepas cakap dekat Hana. Tentang hatinya terhadap Ameen. Ntah la, ntah. aku rasa mcam nak tampar mulut aku time tu juga. Haish, macam-macam laaa.
Aku berharap sangat yang dia tak akan pindah ke Tangkak. Aku berharap yang nenek dia akan dijaga dirumahnya sahaja. Tidak perlulah dia sekeluarga berhijrah ke Tangkak. Hmm, tahun depan tahun akhir, aku tak sanggup nak abiskan sisa-sisa persekolahan tanpa dia. Tahun akhir kebiasaannya terlalu banyak memori. Dan aku nak penuhkan memori aku dengan dia. Tolonglaa T___T
Older Post | Newer Post