Lenggang perut @ Baby Shower ?
Assalamualaikum, hai gais. Syara back again.
Minggu ni agak sibuk sikit dengan studyweek so tak banyak aktiviti buat. Cuma haritu ada la pergi hidden lake. Dengan kawan-kawan inasis, which is Una, Nori, Wani, Zura and Ina. Nanti la aku buat update pasal hidden lake yang berada dalam hutan sintok UUM.
Berbalik pada topik asal. Lenggang perut atau orang zaman sekarang panggil Baby Shower. Pada hari semalam (24.12.2017), dekat rumah aku ada buat majlis kesyukuran dan lenggang perut untuk 3orang wanita dalam keluarga aku, iaitu Kaknana, Kakak ipar aku, dengan Cik emy. Usia kandungan diorang lebih kurang je semua. Hahaha due dalam bulan Mac and April. Sebab tu mak decide nak buat lenggang perut serentak.
Walaupun aku takde, aku tak balik johor sebab busy exam dah nak dekat. Tapi aku tahu la jalan cerita dia macam mana. Sebab setiap pagi and malam aku akan call diorang tanya apa jadi. Cuma pada hari kejadian tu je aku tak sempat nak call sebab aku pun busy nak buat add drop course. So ada la beberapa perkara berlaku pada hari tersebut.
Pada sebelah pagi, adik beradik mak abah semua datang tolong rewang-rewang. Sebab mak tak ambil catering kalini. Nak ambil mood katanya rewang ramai-ramai. So pagi diorang masak-masak, lepas zohor tu. Baru bermula majlis lenggang perut beserta majlis sambutan hari jadi saudara mara yang bulan december. Seronok. Rasa rugi tak balik. Hmmm
Waktu majlis lenggang perut tu, ada acara urut dari mak bidan. Yang tu aku tak tahu detail sebab aku mana la pernah attend event macam ni. Ni first time dalam family kot. Selain dari acara untuk perempuan (ibu) ada juga acara untuk bapa. Macam family aku, abah aku cari buah kelapa muda kalau tak silap, so yang suami ni belah kelapa tu tak kira la belah tengah or tepi or mana-mana dia ada maksudnya. Kalau tengah tu anak lelaki. Kalau senget atau belah tepi, maknanya anak perempuan. Tu tak tahu la kan, tu macam adat je. Jangan la pula percaya bulat2 haha jatuh syirik nanti.
Lepas acara tu semua siap. Diorang ada majlis sambut hari jadi pula. This part takde santa bagi hadiah cukup la acara potong-potong kek hahaha. Sebab aku takde so takde la acara main teka teki mengenai birthday girl/boy tu. Sebab games tu aku je selalu ngada nak buat hahaha. Lepastu diorang ada acara tiup belon. Dalam belon tu ada clue, siapa dapat jawab dia menang siapa tak dapat jawab kena selet muka dengan kek. Aku pun tak tahu menang dapat apa. Sebab saudara aku cerita tak abes. Nyampah.
Pada malam tu, abah buat majlis yasinan untuk orang lelaki. Orang surau datang rumah baca yasiin. Dan doa kesyukuran sikit. Alhamdulillah.
Tapi ada yang duka, sebab kakak ipar aku tak nak datang. Family matter aku pun malas nak amek port sangat dah besar pandai-pandai la kan. Hahaha. Aku nak share gambar tapi gambar yang aku dapat tak banyak. Hmmm
 |
| Ni la budak-budak december, kurang seorang. Hafiz tak de. Sebab dah kerja kan. |
 |
| Ni kaknana dan cik emy. Mom to be. I tak sabar nak jadi aunty ekeke |
 |
| Ni antara gambar paparazi abang ezz hantar dekat aku. Hihihi. Ni majlis kesyukuran yang dihadiri orang surau. |
Roomate yang dipinjamkan Allah
Hai gais, aku tahu ramai yang readers yang dah masuk U sekarang ni. Korang mesti tak tahu yang UUM adalah salah satu uni yang semua pelajar akan duduk dalam hostel yang disediakan sampai habis semester tujuh. Sebab semester 8 majoriti akan praktikal.
Ok gais aku start. Aku sekarang dah semester 3 macam yang aku cerita previous post. You know, it hard for me to stay. Aku sejujurnya rasa tak selesa sekarang ni dengan roomate aku. Bukan kemahuan aku untuk senyap memanjang dalam bilik. Dulu aku tak macam ni. Aku jenis yang banyak cakap, cerita pungpang pungpang, huha huha. Tapi bila roomate aku start senyap dalam bilik, aku cakap apa-apa pun dia mcm balas nak cari gaduh. Siapa je tak terasa? Tambah-tambah lagi bila dia up dalam twitter dia. Bila depan kawan-kawan memang dia langsung la tak tegur aku. Ada la tegur sikit-sikit tp memang sikit sangat. Bukan baru-baru ni aku perasan. Dah lama. Cuma aku belagak cool je :')
Minggu lepas kami pergi Penang. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa dia ada benda yang tak kena, mungkin dia marah aku atau ntah, aku tak boleh baca fikiran orang. Dia layan aku sumpah macam aku tak wujud. Aku panggil dia banyak kali tapi dia buat bodoh je. Sampaila kawan kitorang yang tegur dia cakap aku panggil. Serius rasa nak nangis sebab kena ignore dgn rumet sendiri dengan kawan-kawan. And ada satu part tu, dia nak ambil gambar, dia ada cakap, weh jomla amek gambar, Wani jomla. Sound like you just ajak wani sorang. Then aku? Aku ni tunggul ke? Wow! And paling aku kecik hati, bila aku ajak amek gambar ramai-ramai siap dah suruh budak amek gambar, dah get ready dah. tapi dia boleh pula buat perangai. Dia marah aku balik, Dia cakap, amek jela nanti aku datang la dengan nada marah dia. Aku pun ada perasaan. Aku takde pun nak marah-marah dia depan semuaorang. Aku ada perasaan la weh!
Hodoh sangat ke aku? Sampai orang buat aku macam takde maruah? Kau tak ajak aku, aku diam je. Aku boleh senyum, gelak-gelak. Kalau tak suka sangat, keluar la dari bilik ni. Buat hal kau sana. Aku pun tak kesah kau nak kawan dengan siapa asalkan kau tak jatuhkan air muka aku. :'( YaAllah aku dah lama bersabar. Dari sem 1. Kau kutuk aku dekat twitter kau. Kau ingat aku tak baca? Walaupun masa sem 1 aku tak aktif twitter sangat. Aku still baca weh. :'( Aku tahu kau tak suka aku bising-bising, menyanyi semua tu. Tapi kenapa kau tak bagitahu aku direct? Aku boleh kot kurangkan hobi menyanyi aku tu. Aku boleh kot tak menari2 dalam bilik. Aku tahu kita share bilik. Tapi tegurla kalau tak suka. Aku ok je kau nak buka anime kuat-kuat. Aku ok je kau tak sapu bilik. Aku ok je kau tak matikan lampu masa aku tido. Tapi bila sampai aku, semua kau tak suka.
Fikirla aku mengalah, aku diam waktu kau gelakkan aku, kau kena kan aku. Aku perasan yang kau takkan layan aku bila kau dah jumpa kawan-kawan kau. Sampai hati kau kan buat macam tu? Kau tak rasa awkward ke? Dekat bilik bukan main gelak-gelak borak dgn aku. Tpi depan kawan-kawan layan aku nak tak nak. Aku lintas jalan nak pimpin tangan kau pun, kau tarik tangan kau. Kau takyah belakun baik sangat. Kau siap cakap lagi yang orang pakai stokin ni bukan nya baik sangat. Kalau kau tak puas hati bagi tahu depan-depan jangan cakap dekat twitter. Aku diamkan je. Aku sabar. Takpela. Kau suka act macam kita takde apa-apa depan kawan-kawan walaupun kau layan aku macam haram. Aku cuma nak ingatkan.
Selama ni aku mengalah tak bererti tiada luka dihati. Aku suka tengok orang sekeliling aku happy walaupun banyak pengorbanan yang aku buat. Aku ikutkan je apa yang diorang suka. Sebab aku sayang.
Older Post | Newer Post