Selamat Hari Bapa. Eh terlambat.
Hari ni lepas solat jumaat ayah ajak aku dengan abang aku pergi melawat orang kampung aku dekat hospital. Aku ikut dengan hati terbuka walaupon aku rasa penat sangat sebab baru lepas merentas desa. ==' but for me, melawat orang sakit apatah lagi orang tua yang sakit. Aku rasa itu wajib. Dan aku mewajibkan bende tu dalam diri aku.
Aku tengok keadaan Pak ***** tu sangat sangat sadis. Kecian sangat, aku tak de niat nak nangis depan dia.
Tapi, kemanakah anak-anak mereka? Mana diaorang ? Kenapa tak nak jaga Pak *****. Aku kenal kauorang baik sangat, kuat berkerja, tak kan sampai tak sempat nak jaga ayah sendiri ?
Ayah aku suruh aku pergi belikan air untuk pak *****. aku turut. Aku beli air sendiri. Jalan seorang diri. Dalam hati, aku tak sanggup nak tinggal kan dia. Aku beli 2 botol air mineral yang besar mcam mana ayah aku suruh . Aku naik lift dengan rasa tertanya, banyak nya air, untuk berapa lama ?
Aku tak sangka air yang aku beli tu untuk mandikan pak cik. Aku tak sangka ayah aku yang aku kenal dengan sikap pendiam, seorang yang selalu naik angin bila anaknya bising-bising, seorang yang tidak pernah didengar pendapatnya. Seorang yang aku taat, aku sayang, dialah yang memandikan seseorang yang tak ada talian darah pun. YaAllah, tersentuh hati aku.
Sebelum ni juga aku tahu yang ayah aku adalah seorang yang penyayang, tapi aku tidak pernah jangka yang ayah aku boleh buat macam ni. Mungkin, ayah kesian dan sayang dengan pakcik. Pakcik selalu datang rumah dan bercerita dengan ayah pasal masalah dia. Pakcik sakit tenat. Semput yang kuat. Aku anggap pakcik macam atuk aku. Aku tak sangka sangat keadaan dia mcam tu dekat hospital.
Dalam kereta, abang aku tanya lah dekat ayah. Kenapa mandikan pakcik tanpa bgitahu doktor atau nurse. Ayah kata, orang semput jangan biar dia kepanasan. Kesian, dia perlukan oksigen. Yela, bila kita panas, kita rasa tak selesa. Aku pon kalau panas aku akn rasa sesak nafas, sbab apa ntah aku pon tak tahu. Lepas tu ayah ada lah cerita pasal Atuk sebelah ayah aku. Dan aku baru tahu.
Ayah cerita yang atuk dulu pergi tinggalkan kami semua atas sebab semput yang kuat. Makcik n pakcik n ayah selalu bergilir gilir jaga atuk, tapi, mereka tidak pernah terpikir yang orang semput tak boleh kena peluh lebih dari 2jam. Time tu, aku dah tahu kenapa ayah mandikan pakcik. Aku tak reti nak simpan air mata time tu.
Ayah juga kata dekat abang, tolong bagitahu dekat anak Pak ***** supaya jaga lah pakcik dekat wad. Bukan lama pon, 4jam seorang, gilirgilir lah, sebelum nanti tak sempat. T_T sedih. Malam ni abang pergi lagi wad tengok pakcik, abang bawak anak pakcik sekali.
Ayah bagi aku nasihat, ayah kata, nanti anak-anak ayah bila ayah atau mak sakit, jangan tak jaga. Ayah kata, dekat sekolah pon jangan lah nak sakitkan orang, biar kita jaga orang jangan cederakan orang. Jangan sakiti perasaan orang, jangan buruk sangka. Berkawan lah dengan semua, jngan cari gaduh. Sayang semuaorang, tak kira tua, muda, jahat baik, lelaki, perempuan. Semua.
Time ni aku dah kenal siapakah ayah aku, dan aku dah tahu. Sifat mulia yang aku ada datangnya dari didikan seornag ayah yang diterapkan dari kecil cuma aku je yang tak perasan benda tu. Dan sifat buruk yang ada ni datang nya dri aku sendiri. Aku yang mencari keburukan tu. Dan sekarang aku akan buang sifat buruk aku sikit demi sikit. :)
Older Post | Newer Post